Family Sakhwat Ali Khan

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/0/0c/Sakhawat_Ali_Khan_bin_Hasnat_Ali_Khan.jpg


 Sakhawat Ali Khan bin Hasnat Ali Khan dipercayai berketurunan Turkey @ Tukiye, berhijrah ke India semasa berlaku peperangan Sultan Abdul Hamid II. Beliau seorang yang berpendidikan tinggi, bekerja dengan kerajaan British di India sebagai seorang juruukur tanah (survey officer). Dibawa kerajaan British ke Malaya @ Malaysia untuk menjalankan tugasnya. Di India, beliau berkahwin dengan Nabihan Begum : melahirkan tiga orang anak, manakala semasa di Malaya @ Malaysia berkahwin dengan Hjh Halimah Bt Hj Abdullah Al-Fatani @ Pattani melahirkan beberapa orang anak. Beliau mengambil sempena nama Sultan Abdul Hamid (Turkey @ Turkiye ), menamakan anak beliau Abdul Hamid Khan, manakala anak Teh Kamariah juga diberi nama Sharifah Zainab sebagai mengenang nama anak beliau Zainab yang meninggal di usia remaja, begitu juga nama Ahmad Khan. 


 Hjh Halimah Bt Hj Abdullah Al-Fatani @ Pattani. Beliau berasal dari Nusantara Pattani, Thailand. Berkahwin dengan Sakhawat Ali Khan. Berhijrah ke Tapah setelah berkahwin dan menetap di sebuah rumah di lot 11234 (Taman Tapah Sekarang) sebelum menetap di rumah besar Jalan Masjid. Beliau datang @ berhijrah bersama-sama beberapa adik-beradik, Yassin dan Ishak, namun demikian, dipercayai masih ramai adik-beradik, saudara-mara beliau berada di Pattani, Thailand. Di usia tuanya, Hjh Halimah menetap di rumah no. 188 Jalan Pahang bersama anak beliau Teh Kamariah (berdekatan juga dengan anak sulung beliau, Fatemah). Dan meninggal di usia tua @ 1953.


 Abdul Hamid Khan di lahirkan di Jalan Pahang, Tapah. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Penang Free scholl, Pulau Pinang dan kemudianya menyambung pelajaran di Ipoh, Perak. Abdul Hamid Khan telah memulakan kariernya sebagai guru Bahasa Inggeris di Govermment English School (kini SRK Satu Tapah). Beliau kemudianya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan seterusnya sebagai Guru Besar di sebuah sekolah di Ipoh. Abdul Hamid Khan dilantik sebagai Kapten Sukarela untuk melatih para sukarelawan mengenai cara2 menggunakan senjata dan berkawad untuk menentang pemerintahan tentera Jepun sekitar tahun 1940an. Karier politik beliau bermula apabila bertanding untuk kerusi Perlimen kawasan daerah Batang Padang dan berjaya menjadi Ahli Dewan Rakyat. Seterusnya dilantik menjadi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia sekitar tahun 1960an dan Menteri Pelajaran Malaysia pada 1962 - 1964. Beliau juga telah menjadi speaker Dewan Negara bergelar yang dipertua pada tahun 1970an.


 Hj Yassin bin Abdullah Al-Fatani @ Pattani. Beliau berhijrah dari Pattani dan menetap di Bidor, sebuah perkampungan tradisional Melayu yang berhadapan dengan Sekolah Menegah Sheikh Abdul Ghani (Sekarang). Beliau merupakan seorang yang dihormati oleh semua bangsa di Bidor, khasnya penduduk kaum cina. Sebagai ketua kampung dan berkebolehan dalam ilmu perubatan tradisional.


 Tok Long Sudin @ Pak Long Sudin. Beliau adalah anak sulung Tok Yassin bin Hj Abdullah Al-Fatani @ Pattani, menetap di sebelah utara (Penang, Kedah & Perlis), oleh itu, terdapat ramai saudara-mara yang masih berada di sana @ Bidor,begitu juga di Nusantara Pattani, Thailand. Suatu masa dahulu mereka dari Pattani pernah menziarahi keluarga di Tapah, dirumah Noor Khan lama. 



 Tok Ayeshah @ Tok Chu Chah
Beliau adalah anak bongsu Tok Yassin bin Hj Abdullah Al-Fatani @ Pattani. Beliau juga menetap di Bidor bersama ayahndanya, sehinggalah beliau berkahwin dengan Tok Hamid. Tok Chu Chah juga pernah menetap di rumah besar Jalan Masjid, Tapah. Beliau menjadi pembantu menghantar makanan/minuman (waktu rihat) kepada sepupunya Abdul Hamid Khan yang pernah menjadi guru di sekolah Inggeris berhadapan Hospital Tapah (Sekarang SK 1).   Hasil perkahwinan, Tok Chu Chah dikurniakan beberapa orang anak. Di antaranya Mak Long Halimah yang kemudiannya Mak Long Halimah berkahwin dengan Hassan bin Mehboo Khan, dikurniakan anak mereka Azizah (Mak Long Zah).



Comments